Apa Itu Action Cam?

Action Camera

Assalammualaikum semua pembaca di blog tipsemudah123. Hari ini saya akan berkongsikan sebuah info tentang Action Camera. 


Tapi sebelum itu, apa itu Action Camera? Action Camera adalah sebuah alat digital yang direka untuk merakam aksi-aksi yang lincah sambil kita memakainya di kepala ataupun di badan. Action Camera ini banyak digunapakai oleh cyclist, vlogger, traveller dan sebagainya. Tujuan utama dalam menggunakan action camera ini adalah untuk mendapatkan kualiti video yang terbaik yang pada kebiasaannya kamera biasa tidak dapat berikan. Ciri-ciri actioncam ini pula adalah ianya lebih kecil berbanding dengan kamera seperti DSLR dan juga Mirrorless. Kebiasaannya, kamera ini adalah waterproof di permukaan air dan juga pada kedalaman air yang tertentu. Action camera ini kebiasaannya akan merakam video dengan menggunakan teknik burst untuk mendapatkan kualiti video yang tidak bergegar dan stabil. Ianya juga dilengkapi dengan gyroscope yang bertindak untuk mengesan pergerakan kamera dan menstabilkan video yang sedang dirakam. Jadi kita dapat melihat hasil video yang terbaik! Terdapat juga action cam yang boleh menangkap gambar. Ianya bergantung kepada jenis dan model action cam itu sendiri.

Action cam ini juga boleh dipasang pada mana-mana bahagian sekalipun dengan syarat kita mempunyai mounting yang sesuai dengan permukaan yang kita hendak gunakan. Sebagai contoh, untuk cyclist, action cam boleh diletak pada bahagian helmet ataupun dada dengan menggunakan special harness yang tersedia bersama kamera. Jadi kita dapat merakam video yang berupa FPS ataupun First Person Shooting. Selain itu, ianya juga boleh dipasang pada pemegang basikal dengan menggunakan klip getah yang ada dijual di kedai-kedai action cam. Fungsi kita pasang di pemegang basikal ini adalah untuk mendapatkan views yang terbaik untuk tontonan umum jika kita hendak publishkannya. Tetapi, action cam ini juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri dimana ia hanya boleh merakam pada range 170-195 darjah sahaja. Jadi ini membataskan segala panorama-panorama yang menarik yang tidak dapat kita rakamkan atas faktor kekurangan ini. Akan tetapi, terdapat juga action cam 360 darjah yang boleh merakam pada setiap sisi pemandangan. Video yang terhasil daripada kamera ini lebih baik jika dipasang bersama Virtual Realistic(VR) device. Jadi kita dapat melihat kemana-mana sahaja walaupun kita sebenarnya melihat ke dalam video. 

Jadi itu adalah serba sedikit info tentang action cam yang dapat saya kongsikan kepada anda pembaca di luar sana. Harap ianya dapat memberi pengetahuan baharu kepada anda semua di luar sana. 
Sekian, Assalammualaikum :)


Comments

Popular Posts