Cara Penjagaan Kucing Yang Sebenar Di Rumah

Cara Penjagaan Kucing Yang Betul

Kaedah penjagaan kucing yang betul adalah sangat perlu untuk memastikan si manja berasa selesa apabila berada di samping penjaganya. Tambahan lagi, ianya akan membuatkan si manja sihat dan jarang untuk jatuh sakit. Selain itu, bagi pencinta kucing yang mempunyai masalah selsema atau alahan kepada bulu kucing seperti saya amatlah perlu untuk mendapatkan kaedah terbaik untuk menjaga kucing yang dipelihara. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan kedalam kehidupan seharian kita bersama si manja tersayang.

1. Grooming.

Grooming atau dandanan kepada kucing adalah sangat perlu bagi memastikan bulu kucing sentiasa gebu dan fluffy gitu. Bagi sesetengah pemilik kucing, mereka menghantar kucing mereka ke spa-spa kecantikan bagi kucing untuk mendapatkan servis yang terbaik. Bagi kita sebagai rakyat marhaen ini, cukuplah dengan membeli satu set rubber hand gloves (khas untuk membuang bulu kucing). Gloves ini banyak membantu untuk membuang bulu-bulu gugur di badan si manja disamping kita dapat membelainya dengan lembut dan penuh kasih sayang. Jadi apabila bulu yang gugur dah kurang, maka kuranglah kerja kita untuk menyapu atau membuang bulu-bulu yang berselerak di atas lantai.

2. Pemakanan.

Encik Meow dan Puan Meow juga mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Seperti saya, kucing saya memang serasi dengan makanan kering seperti Friskies dan Whiskers. Untuk yang baru membela kucing rumah, dinasihatkan agar jangan terburu-buru membeli makanan kucing yang bersifat bangsawan seperti Royal Canine dan sebagainya. Cuba dahulu set makanan kering yang murah untuk mengetahui citarasa kucing belaan anda. Takut kalau terbeli yang mahal, kucing kita ignore sahaja, kan dah rugi duit kita disitu. Untuk memastikan kucing kita mendapat khasiat yang secukupnya, seeloknya pilih makanan yang mempunyai high protein and fat. Tapi jangan tak balance pula ya, penjaga wajarlah untuk bermain bersama kucing jagaan anda kerana ianya penting untuk mengekalkan shape kucing anda. Kucing pun ada shape tau, bukan manusia saja.

3. Litter Box.

Ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Mereka anggap bahawa kucing boleh melepaskan hajat di luar rumah atau di pasir-pasir yang berdekatan. Tetapi hakikatnya, kucing ialah haiwan yang bersifat pembersih. Mereka pun mahukan yang terbaik untuk mengurus diri mereka. Cukuplah sekiranya penjaga meletakkan bekas litter box dan diisi dengan pasir kucing. Tak perlu membeli pasir yang mahal-mahal yang berbau harum semerbak Kasturi, cukup dengan hanya sekadar pasir kucing yang biasa dijumpai di kedai-kedai haiwan. Jangan lupa upgrade bekas litter box kucing anda mengikut umurnya!

4. Playtime!

Waktu bermain atau beriadah adalah waktu yang paling seronok bagi kita sebagai manusia. Begitu juga kucing anda di rumah. Mereka juga ingin bermain bersama anda, mereka juga ingin meneroka di luar dan melepaskan tenaga yang tersimpan di dalam diri mereka. Seeloknya anda menghabiskan 30 minit atau 45 minit sehari untuk bermain bersama si manja anda. Hal ini bagus untuk memenatkan si manja agar dia tak melepaskan tenaga yang berlebihan itu dengan cara mencakar sofa, seat motorsikal dan sebagainya. Dengan cara bermain juga, anda boleh mengeratkan lagi hubungan anda dengan kucing kesayangan anda itu.


*Kesimpulannya disini, penjagaan kucing adalah perkara yang tidak boleh diambil enteng oleh semua pencinta kucing kerana ianya adalah haiwan yang bernyawa dan dia juga pembawa rezeki kepada kita. Jadi wajarlah bagi kita sebagai CatsLover memenuhi semua keperluan asas mereka. Semoga blog ini dapat memberi sedikit info tentang cara penjagaan kucing yang ramai terlepas pandang. Assalammualaikum :)



Comments

Popular Posts