Barang Penting Dalam Komputer

Pencerahan Tentang Komponen Komputer.

Assalammualaikum semua. Berjumpa lagi di dalam blog saya pada kali ini yang akan menerangkan mengenai beberapa komponen-komponen penting dalam PC lah senang cerita. Jom kita lihat beberapa komponen-komponen utama di dalam sesebuah komputer...

1. Tujuan

Yang pertama sekali harus diambil kira adalah tujuan kita membina PC ini sama ada untuk tujuan Gaming atau Rendering Video dan sebagainya. Jika tujuannya adalah untuk gaming, maka perlulah fikirkan komponen yang bersesuaian dengan tujuan kita itu. Tidak perlu komponen yang mahal-mahal seperti RTX2080 ft i7 kecuali jika kita melibatkan diri dalam industri streaming atau multitasking yang berat.

2. Motherboard

Pemilihan motherboard adalah penting kerana disitu terletak kesemua komponen-komponen penting yang menggerakkan sesebuah komputer. Motherboard yang dipilih perlulah diteliti berapa banyak jumlah RAM yang boleh ditampung olehnya sama ada 8GB, 12GB dan sebagainya. Jenis RAM juga penting sama ada jenis DDR3, DDR4 atau DDR5. Jenis socket yang digunakan sama ada LGA1155, LGA1150 atau untuk AMD pula, AM4 dan sebagainya. Pemilihan socket ini adalah penting kerana ianya harus sesuai dengan jenis processor yang kita gunakan. Kalau tak kena, alamatnya kena jual balik lah.. hahahahahha.. Bagi jenis USB pula, ada motherboard yang masih gunakan USB2.0 tetapi ada juga yang gunakan USB 3.0, bergantung kepada kita untuk memilihnya berdasarkan penggunaan kita.

3. RAM

Bagi RAM pula, berapa jumlahnya adalah bergantung kepada penggunaan kita. Kalau untuk main games yang latest seperti Red Dead Redemption 2, 8-12GB RAM adalah cukup. Bagi proses rendering video pula, jika inginkan waktu rendering yang lebih singkat, 16-32GB RAM adalah lebih daripada cukup bagi saya sebagai moderate user. Jika budget ada lebih, boleh tambah ikut kehendak masing-masing.

4. GPU
­

Ahhhh, topik yang paling ditunggu-tunggu. GPU atau Graphic Processing Unit adalah satu alat yang membolehkan kita bermain games dengan lancar dan tanpa lagging. Jadi kita tak lah bergantung kepada Intel HD Graphics semata-mata ye dokk. GPU juga mempunyai kapasiti VRAM yang tersendiri dan diukur menggunakan GDDR. Jumlah VRAM yang kita perlukan at least untuk bermain GTA V dengan smooth adalah 2GB GDDR3 atau GDDR5. Saya menggunakan graphic card GT640 brand QLeadtek 2GB GDDR3 dan hampir dua tahun gunakan masih tidak mempunyai masalah untuk bermain GTA V dengan setting medium.

5. Processor

Tidak kiralah anda jenis lebih memilih AMD atau Intel, processor masih lagi penting untuk komputer anda. Processor berfungsi sebagai otak komputer yang mempunyai beberapa thread dan core yang tersendiri bergantung kepada jenisnya. Processor akan dilengkapi dengan clockspeed yang diukur menggunakan unit GHz. Tetapi GHz yang lebih tinggi tidak semestinya ianya bagus dan laju. Sebagai contoh, Intel Pentium 4 yang saya gunakan dahulu kala mempunyai clockspeed sebanyak 3.20GHz tetapi tidak laju dan hanya memakan kuasa yang lebih dan membuat processor fan menjadi lebih bising. Berbeza dengan Pentium D yang mempunyai clockspeed lebih rendah tetapi ada performance yang lebih mantap daripada Pentium 4.


Kesimpulannya, buatlah pilihan yang bijak di dalam memilih komponen-komponen dalam pembuatan komputer. Untuk membeli barang komputer dengan lebih murah, belilah secara online melalui laman web yang rasmi dan dipercayai. Gunakan sistem filter 4-5 stars untuk mendapatkan sellers yang trusted. Diharapkan blog pada kali ini dapat memberi lebih pencerahan tentang bahagian komputer kepada para pembaca di luar sana. Assalammualaikum.

Comments

Popular Posts