Laptop Untuk Student Universiti

Laptop Bawah RM2000 Untuk Student Uni

Assalammualaikum semua pembaca blog tipsemudah123. Harap anda semua berada di dalam keadaan sihat hendaknya, Aaminn. Jadi, hari ini saya akan membuat review tidak berbayar tentang laptop Asus VivoBook X505B. Hahahahah. Jom!!




1. Specs

Untuk laptop Asus Vivobook ini, ia didatangkan dengan AMD Dual Core A6 sebagai processor dan boleh di overclock sehingga 3.00GHz. Default RAM untuk laptop ini adalah 4GB di mana saya rasa sudah memadai untuk kita melakukan aktiviti seharian. Seperti saya, buat blogging dan juga assignments adalah sangat mudah dan pantas. Storage yang digunakan adalah berkapasiti 500GB dan merupakan storage hybrid, HSSD. Jadi ianya lebih laju berbanding HDD klasik kita. Untuk graphic pula, ia menggunakan AMD Radeon R4 Graphics. Dari segi design pula, ianya datang dengan kemasan gold dan sleek design. Sleek design disini bermaksud ianya besar tetapi sangat nipis. Jadi ia memudahkan kita untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Skrin yang digunakan adalah jenis IPS dan bersaiz 15.6 inci. Jadi untuk tengok movie dan sebagainya bagi saya, lebih daripada cukup rasanya.

2. Gaming

Untuk gaming pula, saya tak recommend untuk games yang berat-berat seperti PUBG ataupun GTA V. PUBG Lite pun saya rasa graphics nya tak boleh support. Saya test dengan game seperti GTA San Andreas, Need For Speed Most Wanted, NFSU2 dan DOTA2. Hasil average FPS yang saya dapat adalah di sekitar:-

GTA San Andreas - 60-70fps
Need For Speed Most Wanted - 50-65fps
NFSU2 - 60-75fps
DOTA2 - 60-75fps

Untuk gaming yang lebih berkesan, saya suggest untuk gunakan AMD Gaming yang didatangkan sekali dengan laptop ini dan set battery performance kepada High Performance.

3. Workstation

Untuk penggunaan seperti menulis blog, membuat surat rasmi dan assignments, sepanjang saya gunakan laptop ini, ianya tiada masalah untuk multitasking dan sebagainya. Untuk geng Graphics Designer, saya tak recommend selagi tak upgrade RAM kepada 8GB kerana bila buka Adobe Photoshop, sangat lagging. Tapi untuk penggunaan Adobe After Effects, masih lagi berjalan dengan smooth. Jadi kalau inginkan performance yang lebih baik, better upgrade kepada 8GB RAM dan kalau boleh, tukarkan HSSD kepada SSD terus dan masukkan kesemua software yang anda ingin gunakan ke dalam SSD tersebut.

4. Harga

Harga yang saya beli untuk laptop ini adalah sebanyak RM1800 yang mana saya rasa agak berbaloi jika hendak dibandingkan dengan laptop-laptop yang lain.



Jadi sampai disini saja review saya tentang laptop Asus VivoBook ini. Kalau anda rasa blog kali ini bermanfaat, silakan share ke kawan-kawan dan ahli keluarga anda yaa. Untuk mendapatkan update blog terbaru, masukkan email anda ke bahagian yang disediakan agar anda tak terlepas info-info yang menarik di sini. Untuk blog development saya, silakan comment di ruangan bawah agar saya dapat improve lagi blog saya pada masa hadapan. Assalammualaikum.


Comments

Popular Posts