PUBG AKAN DIBANNED?

PUBG AKAN DIBANNED PADA MASA HADAPAN??


Assalammualaikum semua pembaca Blog Tips Umum. Bertemu lagi kita di dalam perbincangan dan tips-tips umum. Tapi harini agak sedikit berbeza kerana saya akan memberikan pendapat peribadi saya tentang isu adakah permainan online atau dikenali sebagai Player Unknowns Battleground(PUBG) ini wajar dibanned oleh negara seperti Malaysia dan Indonesia? Jom!!

Jadi apakah PUBG ini sebenarnya? PUBG merupakan platform permainan video online yang membolehkan kita communicate dengan player lain dari serata dunia, bergantung kepada server yang kita gunakan. Permainan ini merupakan permainan First Person Shooter(FPS) dan juga boleh dimainkan secara Third Person. Secara umumnya, games ini adalah shooting games yang memerlukan taktikal dan strategi yang berkesan, yang membolehkan kita untuk mendapat gelaran 
"Winner Winner, Chicken Dinner".

Antara kelebihan yang dapat saya simpulkan daripada permainan online ini adalah, ianya banyak menjadi sumber pendapatan kepada Streamers dan Twitcher di luar sana. Sebagai contoh, Fredo yang terkenal di Malaysia dan juga Indonesia umumnya, beliau juga bermain games PUBG ini. Jika kerajaan mengharamkan permainan PUBG ini, maka ianya akan memusnahkan periuk nasi pihak lain. Streamers lain seperti Shroud dan Chocotaco, streams permainan video adalah merupakan satu jalan bagi mereka untuk memperoleh punca pendapatan dari YouTube/Facebook dan ianya agak lumayan. Antara kelebihan lain ialah, ianya dapat mewujudkan profesion perkerjaan yang baharu pada masa hadapan. Cuba kita lihat, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq telah memperkenalkan platform E-Sport di Malaysia sekaligus telah mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada anak muda zaman sekarang. Ini dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Tapi, hendak menjadi gamers secara full-time bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.

Saya juga ada kenalan yang telah lama dalam industri gaming ini, beliau kata sektor ini boleh pergi lebih jauh pada masa hadapan. Jadi, tidak relevan lah kalau kerajaan Malaysia dan Indonesia mengikuti jejak langkah kerajaan India yang telah mengharamkan PUBG. Untuk makluman, seramai 16 orang pelajar telah ditangkap oleh pihak berkuasa India kerana bermain permainan PUBG secara senyap-senyap. Mereka menjadikan permainan ini seolah-olah terlalu berbahaya untuk belia di negara itu.

Dari segi disadvantages pula, ada juga beberapa point yang saya dapat kenalpasti. Tapi ianya adalah point yang dapat diperbaiki oleh diri sendiri, masyarakat dan juga kerajaan sendiri. Point pertama saya ialah, permainan ini membuatkan kita leka selama berjam-jam lamanya. Saya juga antara orang yang telah bermain PUBG, dan apabila masuk sahaja ke dalam games tu, 6 jam itu merupakan waktu yang sangat singkat kalau difikirkan semula. Bayangkan satu permainan PUBG boleh mengambil masa sehingga 20-35 minit, dan saya tidak akan berhenti selagi bateri telefon belum di bawah paras 20%. Dalam jangka masa itu, sebanyak 6-7 jam telah saya habiskan hanya untuk bermain PUBG sedangkan banyak lagi aktivit lain yang saya boleh lakukan. Point yang kedua ialah ianya dapat membawa kepada stress yang terlalu extreme. Kes ini bukanlah kes yang major, hanya minor tetapi tetap ada walaupun peratusannya kecil. Sebagai contoh, kita kalah di dalam games pertama yang kita main, then, kita proceed kepada games kedua dan kalah lagi. Bak kata gamers, noobies lah kiranya. Kebanyakan orang akan stress dan kecewa sehinggakan ada yang membaling telefon dan menumbuk monitor PC sendiri sehingga pecah dan sebagainya. Ini adalah keadaan di mana stress ini menjadi terlalu extreme bagi belia zaman sekarang.

Akhir kata daripada saya, kurang sesuai apabila ada pihak mengatakan PUBG ini akan mencetus keganasan di hati para belia kerana saya telah bermain games ini sejak dari sekolah rendah lagi seperti GTA San Andreas, Call Of Duty Modern Warfare 2, Sniper Elite III dan juga Outlast dan saya tidak merasakan sebarang perubahan yang dapat membawa kepada keganasan. PUBG bagi saya, kurang ganas jika dibandingkan dengan permainan lain seperti GTA V dan Sniper Elite. GTA V ada lebih banyak scene pembunuhan berbanding PUBG. Sniper Elite lebih real berbanding PUBG kerana ada bullet cam yang menunjukkan secara terperinci setiap salur darah dan anggota badan yang putus atau pecah.

Ini adalah pendapat saya sendiri. Setiap orang ada pendapat mereka sendiri dalam menyatakan sesuatu perkara. Jika anda merasakan tajuk pada kali ini berguna untuk anda, silalah share kepada rakan-rakan anda yaa. Terima kasih kerana menyokong pembangunan blog saya. Sekian Terima Kasih. Assalammualaikum. 


Comments

Popular Posts