Tips Pemilihan Kucing Yang Sesuai Dengan Kita

Cara Memilih Baka Kucing Yang Sesuai Dengan Gaya Hidup Kita.

Assalammualaikum Semua Pembaca Blog ini. Dah lama rasanya saya tak update tentang blog ini, maklumlah busy dengan urusan final exam. Harap anda semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera yaa. Baiklah, hari ini saya akan berkongsikan mengenai tips memilih kucing yang sesuai dengan gaya hidup kita. Jom!!



1. Waktu
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan kucing ialah waktu yang kita ada untuk meluangkan masa secukupnya dengan si comel. Untuk kucing seperti British Shorthair ataupun Domestic Long Hair(DLH) adalah sesuai untuk anda yang mempunyai schedule yang padat. Ini kerana kebanyakan kucing yang baka seperti ini tidak memerlukan waktu permainan yang panjang kerana mereka banyak menghabiskan masa dengan tidur sepanjang masa. Tahukah anda? Kucing menghabiskan sekurang-kurangnya separuh hayat mereka dengan tidur saja. Hahahahah.. Pemalas juga kucing ni... Bagi peminat kucing yang mempunyai waktu lapang yang banyak dan banyak menghabiskan masa di rumah, bolehlah consider untuk mengambil kucing hutan (bagi yang berminat sahaja). Ini kerana, kucing hutan seperti Bengal mempunyai tenaga yang banyak untuk dihabiskan bersama anda. Jadi anda tidak perlu risau kalau kucing anda selalu tidur saja sebab kucing hutan amat aktif.. dan mereka juga sedikit agresif. Berhati-hati yaa..


2. Hobi
Hobi anda juga boleh digunakan untuk mencari kucing yang sesuai dengan jiwa anda. Jika anda seorang yang jenis minat aktiviti outdoor, eloklah sekiranya memilih baka kucing yang lebih aktif. Jadi dengan ini, anda bolehlah bawa kucing anda berjalan-jalan di sekitar taman bunga gitu dan hopefully dapat juga berjumpa kekasih hati #foreveralone.. Huhuhuu.. Ok berbalik kepada hobi, bagi yang mempunyai hobi seperti aktiviti indoor, eloklah bagi anda mendapatkan kucing domestik yang banyak terdapat di kawasan anda. Mengikut kajian daripada pakar, kucing domestik lebih cenderung untuk dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah-ubah. Maksud kucing domestik disini adalah kucing seperti kucing kampung yang sering kita jumpa. Persekitaran indoor yang agak bosan juga agak sesuai dengan kucing domestik kerana mereka lebih banyak tidur daripada berjaga. Tapi jangan biarkan mereka bosan sentiasa, kerana ini boleh membawa kepada stress. Kucing juga mempunyai tahap stress mereka sendiri, bukan manusia sahaja.


3.Keluarga atau Bujang?
Isu sudah berkeluarga atau bujang juga dapat memberikan kita petunjuk agar kita memilih kucing yang betul. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil bersama anda, eloklah anda memilih kucing yang lebih soft perangainya. Ini bagi mengelakkan kucing anda menjadi stress akibat selalu diusik oleh anak-anak anda. Banyak kucing yang soft contohnya, Maine Coon, The Ragdoll dan Kucing Siam. Untuk yang bujang, anda bebas untuk memilih sama ada anda mahukan kucing yang soft atau kasar sedikit.


Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jika anda merasakan perkongsian saya tentang isu pemilihan kucing dapat memberikan anda info yang berkualiti, please share di media sosial anda ya agar orang lain dapat mengetahui lebih lagi tentang cara pemilihan kucing ini. Silakan komen diruangan bawah, saya akan baca setiap feedback anda untuk improved lagi blog saya pada masa akan datang :) Assalammualaikum...

Comments

Popular Posts