Cara Bagi Kucing Gemuk

Cara Bagi Kucing Gemuk

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Fuhhh, dah lama saya tak update benda baru di blog ini. Berhabuk dah blog ini. Hahahahaha. Harapnya anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera yaa dan tak lupa juga selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada yang Muslim. Jadi, tips baru yang saya akan bawakan kepada anda pada hari ini adalah, bagaimana caranya untuk menggemukkan kucing kesayangan anda. Gemuk dengan cara yang sihat dan bukannya obes yaa. Jom!!


1. Jenis Makanan.
Baiklah, dari kesemua tips dan cara yang akan saya kongsikan hari ini, jenis makanan adalah yang paling penting kerana makanan yang sempurna dan betul lah yang akan menjadikan kucing anda sihat dan gemuk. Chubby gituu.. Baik, jenis makanan yang perlu anda gunakan sepanjang pengalaman saya membela kucing adalah jenis yang kering. Ini kerana makanan kering mempunyai lebih banyak lemak dan karbohidrat yang dapat membesarkan kucing anda dengan sihat. Makanan basah seperti ikan dan juga makanan pek Whiskers, seboleh-bolehnya elakkan kerana ianya tidak akan menyumbang kepada tumbesaran kucing anda secara optimum. Jadi, gunakan makanan yang kering dan pastikan ianya memenuhi selera kucing anda, itu yang penting.

2. Senaman.
Agak pelik bagi kita jika difikirkan tentang senaman untuk kucing. Bagaimana caranya? Tahukah anda, jika anda bermain dengan kucing anda selama 30 minit sehari, ianya sudah cukup untuk mengekalkan shape kucing anda. Senaman bagi kucing adalah vary, jadi saya sediakan beberapa contoh di bawah ini:

a) Beriadah bersama si Comel.
b) Beli bola berbulu untuk si Gebu anda.
c) Layan kucing anda secara optimum setiap kali dia datang.

Kucing berpeluh melalui tapak kaki yaa dan bukannya melalui bulu-bulunya itu, jadi kita jarang dapat melihat peluh nya itu walaupun dia telah penat dan terlentok di bucu katil anda.

3. Kasi kucing anda(optional)
Bagi pemilik kucing yang sudah penat dengan anak-anak kucing yang dihadiahkan oleh si Comel anda pada setiap bulan, bolehlah mula berfikir untuk kasi kucing anda di Veterinar yang berdaftar. Ianya dapat mengelakkan daripada anda terbeban kerana perlu menjaga anak kucing yang banyak, selain itu, ianya juga sedikit sebanyak dapat membesarkan kucing anda. Anda dapat melihat perubahan kepada fizikal kucing anda dalam tempoh yang singkat sahaja. Tetapi, kasi kucing ini adalah bergantung kepada keperluan dan darurat, janganlah anda saja-saja kasi kucing anda, kesian dia kerana selepas daripada proses kasi itu, dia tidak akan boleh menghasilkan anak lagi. Jadi, gunakan proses ini sekiranya perlu sahaja yaa.

Jadi, ini adalah antara beberapa tips dan panduan untuk pemilik kucing di luar sana yang berhasrat untuk membesarkan kucing anda dengan cara yang betul dan optimum. Semoga bermanfaat untuk semua. Assalammualaikum✌

Comments

Popular Posts